TERKINI

SEMUA KAKITANGAN HOSPITAL LAM WAH EE DISAHKAN NEGATIF


Notis kami bertarikh 6 September 2020 mengenai 8 orang kakitangan hospital dibawah pemantauan berikutan terdedah dengan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) pada 5 September 2020.

Kesemua ujian saringan untuk 8 orang kakitangan hospital didapati negatif.

Laporan yang menyatakan pesakit telah dimasukkan ke wad adalah tidak betul. Pesakit berada di jabatan kecemasan dan di rujuk ke Hospital Pulau Pinang. Pesakit tidak dimasukkan ke wad kecemasan atau ke mana-mana wad Hospital Lam Wah Ee.

Hospital Lam Wah Ee mematuhi semua garis panduan kawalan infeksi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan keselamatan pesakit, pelawat dan kakitangan hospital, termasuk mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menghadkan pintu masuk, pemeriksaan suhu badan dan gejala-gejala penyakit untuk semua orang yang memasuki hospital ini dan menyediakan hand sanitiser.

Semua perkhidmatan Hospital Lam Wah Ee tidak terjejas dan berjalan seperti biasa.

Terima kasih.


NOTIS

Seorang pesakit lelaki beumur 89 tahun dengan penyakit acute gastroenteritis telah datang ke A&E pada hari Sabtu 5 September.

Staf A&E meragui pesakit ini kemungkinan mengidap Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dan terus mengasingkan pesakit di bilik tekanan negatif. Pesakit telah dipindahkan dari bilik tekanan negative A&E ke Hospital Pulau Pinang untuk pengesahan dan pengurusan. Kes ini telah dilapurkan sebagai Severe Acute Respiratory Infection (SARI) pada hari Ahad, 6 September.

Tiada pesakit pada masa itu. Sebanyak 8 staff hospital yang kontak rapat dengan pesakit ini. Sebagai langkah keselamatan dan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mereka telah diletakkan dibawah jagaan rapat. Disinfeksi terminal telah dilakukan di tempat yang terjejas mengikut prosedur kawalan jangkitan.

Hospital Lam Wah Ee mengikut ketat prosedur KKM mengenai kawalan jangkitan dan menjalankan langkah pencegahan demi keselamatan pesakit, pelawat dan staf.

Pesakit telah dipindahkan dari bilik tekanan negative A&E ke Hospital Pulau Pinang. Pesakit ini tidak dimasukkan ke wad Hospital Lam Wah Ee.

Perkhidmatan klinikal tidak terjejas dan pesakit-pesakit akan terus dirawat mengikut pelan jagaan yang sedia ada di hospital ini dalam persekitaran yang selamat.

Version English || 华语版

Sign up for Newsletter

CONTACT

OUR LOCATION
No. 141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, Jelutong, 11600, Pulau Pinang, Malaysia
+604 - 652 8888