About

Terletak di Aras 7, Lam Wah Ee Health Screening Centre menyediakan saringan kesihatan khusus bagi penyelesaian masalah kesihatan anda.

Menggunakan kaedah teknologi terkini, kami menyediakan perkhidmatan yang tepat, cepat dan rapi.

Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan penempahan awal.


Pakej
Pelan penjagaan kesihatan kami Pakej Asas, Pakej Essential, Pakej Enhanced dan lain-lain ujian jika perlu.

Pendaftaran
Kami menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan penempahan awal.Untuk tujuan pendaftaran awal, sila isi borang pendaftaran laman web.

Persiapan
Sila rujuk nota untuk membantu anda memahami persediaan yang akan datang, jika anda mempunyai sebarang pertanyaan yang boleh anda perhubungan dengan kakitangan perkhidmatan kami

Persipan sebelum Pemeriksaan Kesihatan:

  1. Ujian Darah

    • Perlu berpuasa.
    • Berpuasa selama 10 jam sebelum pemeriksaan (hanya sedikit air kosong dibenarkan).
  2. Ujian Najis

    • Botol spesimen boleh diperolehi dari Pusat Saringan Kesihatan ‘Health Screening Centre’.
    • Bawa bersama spesimen najis pada hari temu janji.
    • Di sarankan supaya tidak makan daging (merah) 3 hari sebelum mengambil spesimen.
    • Jika spesimen diambil pada malam sebelumnya, pastikan bekas ditutup rapat dan disimpan pada suhu 4°C.
    • Jangan mengambil spesimen najis semasa haid.
  3. Pap Smear dan Ujian Air Kencing (wanita sahaja)

    • Dilakukan 4 - 10 hari selepas hari terakhir haid.
  4. Pemeriksaan Mamogram dengan Tomosintesis 3D

    • Jangan guna wangian, deodoran atau bedak talkum sebelum pemeriksaan.
    • Sebaik-baiknya dilakukan 7 hari selepas hari terakhir haid supaya lebih selesa semasa pemeriksaan.
  5. Ujian Stres

    • Berpakaian kasual, lebih baik jika berpakaian sukan dan kasut sukan.
    • Jangan guna losyen, minyak atau bedak dibahagian dada.
    • Jangan makan berlebihan sebelum pemeriksaan.
    • Jika anda ada mengambil ubat-ubatan, sila patuhi arahan doktor anda sebelum dan selepas pemeriksaan.
  6. X-ray Dada / lain-lain Pengimejan

    • Sila maklumkan jika anda hamil supaya ujian tidak dijalankan.
  7. Bawa bersama kad pengenalan atau passport yang sah.



Health Screening Centre

Kepuasan dan keselesaan anda adalah keutamaan kami.

About

For Enquiries, please call:

Tel : +604-652 8680 (9 am - 11 am)
+604-652 8682 (11 am - 4 pm)

Fax: +604-652 8724

Address : 141, Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim, 11600 Pulau Pinang, Malaysia

Email: [email protected]

Opening Hours:
7:30 am - 4 pm (Mondays - Fridays)
7:30 am - 12 pm (Saturdays)

Sundays and Public Holidays Closed

Sekitar

Bersantai di pusat kami sambil menikmati hidangan ringan.

WIFI

Perkhidmatan wifi percuma untuk pencapaian internet tanpa had.

Perkhidmatan

Kami menyediakan perkhidmatan penyimpanan bagasi, sila rujuk kakitangan Health Screening Centre.