Sebagai Rumah Sakit amal dan nirlaba, kami menyediakan layanan kesejahteraan sebagai bentuk kelanjutan dari komitmen kami kepada masyarakat miskin dan yang membutuhkan. Dengan warisan pelayanan penuh kepedulian yang telah diakui, hingga saat ini kami masih menyediakan pengobatan medis gratis dan pengurangan biaya bagi mereka yang tidak mampu membayar layanan kesehatan.
HOSPITAL LAM WAH EE adalah sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan pada tahun 1883.
Kami memberi bantuan kebajikan kepada pesakit yang tidak berkemampuan mendapat:
1. Rawatan Perubatan
2. Pembedahan Jantung
3. Rawatan Kanser
Bantuan kebajikan diberi secara potongan kos rawatan atau rawatan percuma.
Proses permohonan kebajikan diurus sepenuhnya oleh Pejabat Kebajikan di Hospital Lam Wah Ee.
1. Warganegara Malaysia
2. Pesakit yang menerima rawatan di Hospital Lam Wah Ee sahaja
3. Pesakit di wad biasa
1. Borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Kebajikan Hospital Lam Wah Ee
2. Pemohon / pesakit dan ahli keluarga terdekat dikehendaki mengemukakan pendapatan / perbelanjaan masing-masing dan besertakan dokumen-dokumen berikut:-
salinan kad pengenalan, sijil kelahiran sekiranya ahli keluarga itu di bawah umur 12, penyata gaji atau surat pengesahan daripada pihak majikan, taksiran pendapatan LHDN dan lain-lain dokumen sokongan yang berkenaan.
3. Pegawai Kebajikan kami akan menyiasat latar belakang pesakit /pemohon selepas menerima borang permohonan.
4. Keputusan permohonan akan di tentukan oleh Jawatankuasa Eksekutif Hospital Lam Wah Ee.
5. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pesakit, doktor yang berkenaan dan Jabatan Kewangan Hospital.
| Waktu urusan | |||
|
Hari Isnin, Selasa & Khamis: +604-652 8908 /+604-652 8909 |
|
|